top of page

Industri disaran jadikan sungai `anak angkat’ 

UTU_TUANIBRAHIM10174-1536x958.jpg

SEPANG: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mahu pihak industri turut serta dalam Program Denai Sungai Kebangsaan bagi menjaga sumber air.​

Katanya, sistem itu akan membantu kementerian untuk melihat keseluruhan masalah yang timbul dari sistem air, termasuk menentukan tahap air mentah.

​

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pembabitan pihak industri itu penting bagi mengubah imej industri yang selama ini kerap dikaitkan dengan isu-isu pencemaran alam sekitar termasuk sungai.

​

Beliau berkata, pihaknya yakin usaha itu boleh dilakukan jika pihak industri dapat bersama-sama kementerian menjaga sumber air khususnya sungai.

​

“Sebagai contoh, mereka (industri) boleh menjadikan anak sungai atau sungai sebagai ‘anak angkat’ untuk dijaga.

 

“Mereka boleh keluarkan bajet bagi penjagaan sungai, membina denai sungai dan meletakkan papan tanda syarikat sebagai tanda mereka terbabit dalam usaha menjaga sungai itu,” kata beliau pada majlis perasmian Program Denai Sungai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di Sungai Jenderam, Kampung Jenderam Hulu di sini hari ini.

 

Mengenai Jom Turun Sungai yang berlangsung serentak di 127 lokasi seluruh negara hari ini, Tuan Ibrahim berkata, program itu diharap dapat mengembalikan budaya gotong-royong dalam kalangan masyarakat.

​

Menurutnya, program itu adalah aktiviti tahunan sempena Hari Sungai Sedunia yang bertujuan mengajak masyarakat supaya menghargai nilai air.

​

“Kita mahu menghidupkan balik budaya gotong royong dan kali ini, kita mahu gotong-royong membersihkan sungai, membersihkan kotoran dan membina denai sungai. 

bottom of page