top of page

Zaini Ujang dilantik KSU Kementerian Sumber Manusia mulai hari ini

ezgif.com-webp-to-jpg.jpg

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zaini Ujang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, berkuat kuasa hari ini.

​

Pelantikan itu diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

​

Beliau berkata, Zaini berusia 58 tahun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Ijazah Sarjana Kejuruteraan Persekitaran, Universiti Newcastle di United Kingdom.

"Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di UTM pada 6 Ogos 1988 sebelum memegang jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik pada 1 Oktober 2011," katanya dalam kenyataan hari ini.

​

Mohd Zuki berkata, Zaini berpengalaman luas dalam bidang pengurusan sumber manusia, pendidikan, perancangan, penyelidikan dan alam sekitar khususnya teknologi air.

Katanya, Zaini juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Alam Sekitar dan Air.

​

"Semoga dengan pelantikan ini, beliau dapat merealisasikan visi kementerian sebagai 'Peneraju Pembangunan dan Pengurusan Sumber Manusia Negara'," katanya.

Ikuti kami melalui

  • Facebook
  • Instagram

Friends Of Rivers Malaysia

  • Facebook

Hubungi kami melalui

E-mel: friendsofrivermalaysia@gmail.com
​
Tel:
+6019-3322209

Alamat

PERSATUAN SAHABAT SUNGAI MALAYSIA (FRIENDS OF RIVERS MALAYSIA)
7 JALAN ANGGERIK 2M / 1, DESA ANGGERIK, 48200 SERENDAH, SELANGOR

YBhg Dato Seri Ir Dr Zaini Ujang

Hak Cipta © Persatuan Sahabat Sungai Malaysia (PSSM) - 2023

bottom of page